I made this widget at MyFlashFetish.com.

Total Pageviews

Tuesday, February 21, 2012

My Life Partner Comes ^_^


Assalamualaikum . .. . 
 

     Aku merupakan seorang pendidik yang menjalani kehidupan yang biasa seperti insan lain dan usaha kita yang membawa kita lebih maju kehadapan menjalani kehidupan mendatang 'pengalaman sememangnya mematangkan fikiran' dan apa yang kita lalui umpama sebuah kapal yang sedang berlayar semakin jauh kita berlayar semakin luas pandangan kita.


            Aku sedang menjalani rutin harian aku sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di sini..(kt mana?..ehem2 apple city )..sedang aku menceritakan kepada pelajar aku bagaimane untuk menghadapi ujian dan cara terbaik untuk grade dengan berjaya, YES dengan berjaya , of course like me kan yg pertame of course la kita harus berbaik dengan lecturer yg mengajar kita since soalan diaorang yang buat. After that sentiasa berani untuk tampil kehadapan kalau tak anda konfirm akan rugi sebab kita seorang yang pandai tapi tak mampu nak berdiri di atas kaki sendiri menghadapi ketakutan kita. The next one is sesetengah orang akan rase memerlukan pasangan untuk membantu. Dont be shy nyatakan sahaja hasrat ingin belajar .Sesampai sahaja bab ni, aku mengelamun tiba-tiba je..kisahnye bermula ketika aku masih belajar di universiti tempatan sebelum melanjutkan pelajaranku ke oversea..




         Sewaktu menghadiri kelas , semua ni terjadi apabila pensyarah aku mengarahkan setiap pelajarnya supaya mencari pasangan untuk menyiapkan assignment. Aku dulu tak macam sekarang , aku ni asalnye pemalu tetapi aku berani tampil kehadapan menyampaikan presentation aku. Setelah diberi arahan sedemikian rupa semua pelajar berkejar untuk melihat senarai pasangan masing-masing. Tanpa aku duka aku digabungkan dengan seorang minah yang sememangnya membenci aku begitu juga aku tidak suka kepadanya meskipun dia merupakan pelajar kebanggaan di universiti ini sekali pun. Entah kenapa aku ditugaskan bersamanya, apa yang aku harus lakukan ?(mintak tukar dengan professor kitorg? jgn harap la dapat lulus exam). So tugasnya untuk menyiapkan assignment aku ni buat muka bengang aje bila jumpa minah ni, " dah tu tak reti nak mula buat kerja ke? " soalan pertama aku pada minah tu. Aku tengok minah tu bajet kerek aje , entah pape. Dia pun lari ke library tanpe mengajak, aku pun terkejar ke sana. Semasa aku sedang ralik sangat memilih buku untuk kerja kami ni aku dapat lihat mukanya yang terkumat kamit tengah mencari buku rujukan di rak buku. Aku rasa nak tergelak korg bayangkan muka macam tengah tahan kentut . Apabila aku intai betul-betul baru aku tahu kenapa mukanya macam tu rupanya dia nak ambil buku kat 

bahagian atas almari buku tu so aku terjah jelah  "oit pendek!! kalau dah pendek tu jgn buat mcm kau tu tinggi " merah padam mukanya aku pun 6pk reaksinya, sweet moment. Aku pun menghulurkan tulang dua kerat aku untuk mengambil buku itu. Aku lihat aje dia membawa diri ke meja sedang membelek buku. Aku berlalu kt situ " ni buku yang awak nk amik tadi , dah la muncung-muncung , dah macam paruh burung kakak tua dah " aku cuba menduga perasaannya..guest what guys? ... haaa , dia tak layan pun, nasib professor bijak kitorang bagi masa seminggu untuk siapkan assignment so there's still time, aku mula berfikiran nakal. Aku fikirkan cara nk mintak maaf meskipun aku ni tak popular macam pelajar junior lain tetapi aku ni paling havoc dalam years aku , kalau bab-bab mengacau orang aku lah orangnya tetapi depan professor aku ni dikenali sebagai seorang pelajar yang baik n cemerlang terbilang lagi terkira , okey teruskan cerita. Aku ajak jumpa dia always sebab nak siapkan assignment ni nasib la lastly dia setuju untuk ke suatu lokasi untuk mengambil gambar untuk menyiapkan assignment ni..




         Semasa aku drive ke sana aku sempat bertanya kepada minah tu "erm awak ni anak manje ke? awak tinggal kt 
mana ek? ayah awak kerja ap? " korang nak tahu ape jawapan dia? dia main selamba je cakap "jage tepi kaen sendiri boleh " perghhh!! mmg naik meter angin aku, laju aje kereta aku membelah liku-liku jalan , sesampai je aku senyap aje. Memang pedih kerana tadi aku berfikir untuk berbaik dengannya. Aku tahu dia perasan aku terasa dengan jawapannya tadi so next step buat-buat merajuk macam dia tak ada kat situ meskipun dia kat depan aku aje, tetapi aku tersenyum tiap kali dia melafazkan kata-kata ni " awak~~ , maafkan saya , saya x berniat nak buat awak terasa tadi.. please " bukan sekali malah berkali-kali , nak tergelak aku dibuatnya . Lastly aku pun cakap okey, cepatlah ambil gambar yang awak nak lepastu kita terus balik. dia hanya tunduk dan mengikut rentak kakiku yang longlai ini. Bermain dalam benakku perempuan ni sedang buat apa berjalan kt belakang aku. Eh lantaklah. Setelah lama berjalan mengelilingi tempat tu aku tanya dia dah siap ke ?! she's like er~er~er dah sambil mengangguk berkali-kali macam tuk angguk.


     Aku pun start kereta aku dan memandu perlahan. Suasana dalam kereta ku sunyi sepi tanpa sebarang bunyi dari aku @ dia tetapi tiba-tiba sahaja dumbbb !!! lama lepastu terdengar oleh kami berdua bunyi pruttt~~ pruttt~~~ dan las sekali Aahhhh, wah wanginya . Minah tu punya lah terkejut aku buat-buat senyap senyap..haaa (like nothing happens) duduk lah kau dalam kereta busuk ni hahaha (benakku berbunyi). Setelah sampai ke rumah sewanya , aku turunkan dia dan terus pulang. Sesampai aje aku kat rumah, aku bergegas mengerjakan solat dahulu then mandi. Setelah selesai aku membuka buku untuk membantu minah sewel tu buat assignment tu kalau ikutkan hati biar dia buat sendiri je. Lepastu terdengar deringan dari telefon aku 'jangan bergerak ! ad mesej' haa ni la sofware canggih haha. Aku pun bukak mesej tu jelas tertulis sender minah sewel assignment. Dalam mesej tertera "U ARE SUCKS !!!" aku mengeluh panjang , lepastu aku duduk menyandar kembali meneruskan kerjaku. Tak lama selepas itu aku menerima lagi mesej , hati aku menggumam serabut betullah , aku pun lihat sender tertulis from : minah sewel assigment , aku klik msj untuk membaca , "awak saya mintak maaf sebab buat awak sedih tadi dalam kereta saya mintak maaf, ok , nanti kita keluar lagi saya cerita tentang saya okeyh? promise k..and awak jangan la seksa saya dengan kentut awak tu..teruk tau 
awak ni .. see u soon on assignment". Nite by perempuan bijak. Aku tersengih lalu menekan butang reply. "saya maafkan ok and esok okey habis kelas saya belanja makan lepastu g pustaka k..saya amik awak "..by jejaka pujaan ramai hahaha. Aku pun send , aku pun tutup lampu bilikku untuk merehatkan badan ku ini then sampai msj tertulis "perasan !!!" dari minah tu. Ak tergelak seorang diri hahaha. Hurm entah kenapa aku rasa bahagia je and satu perasaan yang aku sendiri x mampu nk ungkapkan berlegar dalam hati dan fikiranku..


~~ T0 B3 C0NT!NU3 ~~